ulas nangka
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nangka, buah yang sememangnya dikenali ramai di Malaysia. Selain buahnya yang sedap dimakan, pokoknya menghasilkan jenis buah yang paling besar di dunia. Pokok nangka atau nama botaninya
adtocarpus heterophyllus dikatakan adalah tumbuhan semulajadi di India, Bangladesh, Nepal, Filipina dan Sri Lanka, tetapi kini ia biasa ditemui di Malaysia.
Buah nangka tergolong dalam keluarga
moraceae. Semasa musim berbuah, setiap pokok menghasilkan kira-kira 250 biji buah. Buahnya berbeza dari segi saiz, brat dan bentuk, sama ada bulat atau bujur. Ðalam sebiji buah akan terdapat lebih kurang 100 hingga 500 biji ulas (isi) yang boleh dimakan. Isi buah nangka tebal, berwarna kuning dan rangup. Kulit buah yang belum matang berwarna hijau. Apabila ia telah matang, kulit buahnya akan bertukar kepada warna coklat dan mengeluarkan bau yang wangi. Hampir semua bahagian pokok nangka termasuklah buahnya ini akan mengeluarkan getah apabila ditoreh.
buah nangka di pokok
buah nangka dibelah dua
Buah nangka bukan sahaja mempunyai saiz yang unik, tetapi buahnya amat kaya dengan tenaga, serat pemakanan, mineral dan vitamin. Ia juga tidak mengandungi lemak tepu atau kolesterol sekaligus menjadikannya sebagai buah yang amat sihat untuk dimakan.
Ðikenali juga dengan nama ‘jackfruit’ dalam bahasa Inggeris, buah nangka mengandungi banyak khasiat seperti vitamin A, vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3 (niasin), vitamin B6 (pyridoxine), vitamin B9 (folat), vitamin C, protein, kalsium, besi, magnesium, fosforus, kalium (potassium), zink, tembaga, magan, selenium, lemak asli, asid lemak omega 3, asid lemak omega 6, serat pemakanan, karbohidrat dan kalori.
ulas nangka dijadikan kerepek
Terdapat pelbagai kebaikan buah nangka. Ðikatakan isi buah yang mudah dihadam mengandungi gula mudah seperti fruktosa dan sukrosa yang apabila dimakan, mampu menambah tenaga dan menyihatkan tubuh dengan segera.
Kaya dengan seratBuah nangka kaya dengan serat pemakanan sekaligus menjadikannya sebagai penjulap baik. Kandungan serat ini dikatakan mampu membantu untuk melindungi membran mukus usus besar (kolon) melalui cara mengurangkan masa pendedahan dan juga sebagai pengikat kimia penyebab kanser dalam usus besar.
Buah nangka segar adalah sumber terbaik vitamin. Kandungan antioksidan yang terdapat di dalam buah nangka ini amat baik untuk penglihatan. Vitamin A juga diperlukan untuk mengekalkan keutuhan membran mukus dan kulit dan untuk merangsang kekebalan tubuh.
Pengambilan buah-buahan segar kaya dengan vitamin C mampu melindungi diri daripada kanser paru-paru dan gigi berlubang. Selain itu, ia juga kaya dengan antioksidan flavonoid seperti beta karotena dan lutien. Antioksidan ini amat berguna untuk melindungi diri daripada kanser usus besar, prostat, payudara, endometrium, paru-paru dan pankreas.
Kaya proteinBuah nangka juga mengandungi sumber baik antioksidan vitamin C. pengambilan makanan kaya dengan vitamin C mampu membantu tubuh membentuk ketahanan menentang agen jangkitan dan radikal bebas yang berbahaya. Buah yang segar merupakan sumber terbaik kalium, magnesium, mangan dan besi. Kalium adalah sel juzuk dan cecair tubuh yang membantu pengawalan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
Bukan setakat buah, biji nangka juga dikatakan turut berkhasiat dan kaya dengan protein. Secara amnya, biji-biji ini akan dikumpul daripada buah yang matang, dikeringkan di bawah cahaya matahari dan disimpan untuk digunakan pada musim hujan.
Pelbagai resipi berbeza daripa biji buah nangka dihasilkan di Selatan India. Mereka akan memakan biji buah nangka yang telah dibakar atau biji ini dimasukkan ke dalam kari untuk menggantikan kacang dal. Biji nangka dikatakan boleh direbus dan dimakan sebagai pelawas kencing dan membuang angin dari dalam badan.
Masyarakat China menganggap isi dan biji buah nangka berkahsiat dalam mengatasi masalah mabuk. Manakala daunnya dibakar bersama jagung dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa dijadikan ubat ulser dan bisul.
Getah nangka yang telah dicampurkan dengan cuka dikatakan amat berguna sebagai unat merawat dan menurunkan bisa patukan ular atau binatang berbisa. Manakala jika akarnya direbus dan kemudian airnya diminum, dikatakan mampu merawat cirit-birit, demam panas dan asma. Jika terluka, anda boleh mengambil daun nangka dan panaskan atau layurkan atas api. Tampalkan daun ini pada luka kerana dengan cara ini, dikatakan mampu merawat luka dengan pantas.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat daripada buah nangka, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari
No comments:
Post a Comment